Friday, November 08, 2013

Akan menjadi realitikah?



Setiap orang punya matlamat,visi dan misi hidup mereka sendiri.Kita sememangnya punya impian yang tersendiri dan kita selalu berharap agar apa yang kita harapkan menjadi kenyataan kan..Begitu juga dengan diriku.Aku sememangnya mengimpikan kehidupan yang harmoni dan kalau tak silap aku korang pun punya niat dan instinct yang sama macam aku kan.Definitely,matlamat dan impian utama kita yang fitrah asal kejadian sebagai khalifah di atas muka bumi ini sangat berharap agar kehidupan kita di redhai dan mendapat keberkatan.Itu memang sudah menjadi satu kemestian dan aku sendiri tak dapat nak nafikan.Okay,sekarang ini aku baru habis dua subject iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Lagi 7 subjek lagi yang perlu aku tempoh.Ikutkan hati ini memang aku tak sabar nak tamat paper last tau.Yelah kan siapa tak nak habis cepat.Selagi tak habis paper,darah ni berderau je dan orang kata darah orang muda ni memang darah manis.Apa-apa boleh jadi.Aku hanya mampu berdoa agar diri ini sentiasa sihat walafaliat...

Nak difikirkan lepas habis SPM,aku nak kerja.Kerja jaga budak kecik lah kan..aku rasa kerja macam tu je yang sesuai untuk aku..kerja kat market-market ni tak selesa sangat agaknya..haha..apa pun doakan apa yang terbaik untuk diri ini ya..Selain itu juga,aku memang ada niat nak sambung belajar,tapi maybe dalam peringkat diploma dulu je kot..Nak tahu mana pilihan universiti aku..tara :)




Harapan aku agar kaki ini dapat menjejakkan kaki ni ke sana.Ameen Ya Rabb..
Insya Allah dalam Diploma Teknologi Makmal Perubatan.Kat sana aku takde siapa-siapa pun ..cuma sahabat aku lah,Nasri sabri b.Mahmud.Tak silap kos dia iaitu reka bentuk perindustrian kat kampus Gong Badak,dan tak sama kampus ngan aku kot...aku kat Kampus Kota kat Kuala Terengganu..Aku ni cakap macam aku dah confirm masuk,isi borang upu pun belum haha...tula orang kalau dah terlebih expert ni memang payah sikit..Itulah kadang-kadang manusia yang mampu merancang tapi Allah yang penentu segalanya dan aturanNya lebih hebat kerna Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..Mudahan kita semua dapat tanamkan dalam diri kita sifat redha atas keputusan,ketentuan serta qadak dan qadarNya..


Aku tak tahulah,seriously korang jangan buat apa-apa andaian dulu tau mengenai persepsi aku mengenai sebuah perkahwinan..Sesetangah orang kan bila orang lain kahwin awal mesti bukan mestilah kebanyakan mereka banyak yang beranggapan perempuan yang kahwin awal ni disebabkan terlalu gatal ataupun tiada masa depan..Kalau aku memang aku tentang habis-habisan.Aku tak setuju sangat dengan pandangan yang sedemikian..Okay,kalau aku sendiri aku punya pengalaman sendiri iaitu kawan aku yang sekarang ni umurnay 22 tahun dan Alhamdulillah sekarang ni dah masuk 1 bulan usia kandungannya..Aku memang respect dan tabik springlah pada dia..Memang aku tahu semua perempuan nak ada kerjaya sendiri nak pegang duit sendiri dengan alasan kalau suami kita suatu hari nanti tinggalkan kita but kita still ada poket money sendiri kan..tak terlalu bergantung sangat pada si suami..itu dah memang bagus..
Cuma...
dunia kontemporari sekarang ni,wanita kita berbeza sangat bagai bumi dan langit seperti terpisahnya dua benua..walaupun aku sendiri hidup dan dibesarkan dengan suasana sekelilng yang agak kontemporari tapi pengalaman hidup aku yang dulu mengajar aku..bila kita hadapi sesuatu kemewahan atau malapetaka..selalu tertanya-tanya dalam diri ini.
ZUHUDKAH AKU???

bersambung......wallahuallam'

No comments: